MENAKJUBKAN! – MINUMAN INI BOLEH MENCAIRKAN LEMAK DENGAN CEPAT



Seorang doktor telah mendedahkan rahsia minuman cairkan lemak dengan cepat dan pantas dalam beberapa hari sahaja! Sejak dulu hinggalah zaman sekarang, masalah obesiti atau kegemukan atau lemak berlebihan dalam badan adalah salah satu masalah yang sangat membimbangkan hampir setiap orang.
Lemak yang berlebihan dalam tubuh badan merupakan salah satu punca kesihatan tubuh badan semakin menurun dan menyebabkan kita mudah terdedah kepada penyakit
Lemak yang berlebihan cenderung untuk menyebabkan penyakit seperti obesiti dan masalah jantung. Oleh itu, sedikit sebanyak lemak yang berlebihan pasti membimbangkan tuan punya badan. Memang ramai di kalangan kita yang mahu mencari cara cepat dan pantas untuk menghilangkan lemak badan berlebihan yang terkumpul.
Walaubagaimanapun, kini anda semua sudah boleh senyum dan tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat dan berkesan untuk kita menyelesaikan masalah lemak berlebihan ini.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda satu minuman ajaib dan mujarab yang hanya mengambil masa singkat, cuma beberapa minit sahaja untuk menyiapkannya.
Minuman ini terbukti sangat berkesan untuk mencairkan lemak berlebihan di dalam tubuh badan kita:
ygh6
Anda perlu menyediakan bahan-bahan seperti dibawah ini terlebih dahulu:
8 ½ cawan air masak
1/2 timun yang dihiris nipis
1/2 lemon yang dihiris nipis
1 sudu teh halia parut (atau sesudu halia organik serbuk akar)
12 helai daun pudina

Langkah-langkah dan cara penyediaan minuman cairkan lemak dengan cepat:

Mula-mula, campurkan semua bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati. Keluarkan kepingan halia, lemon, dan daun pudina terlebih dahulu sebelum tuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Cadangan adalah supaya anda minum minuman ajaib ini untuk sepanjang hari.
Sekiranya anda tidak dapat menghabiskan minuman itu pada hari yang sama, anda tak perlu risau sebab anda masih boleh simpan dan menyejukkannya selama 2 hari kegunaan.
Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam tempoh masa 4 minggu, sebab ianya adalah selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana minuman ini berfungsi mencairkan lemak dan mengapa ia begitu berkesan dengan pantas?
Semua bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman ini mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila dicampur dan digabungkan, bahan-bahan ini mampu menjadi ”. yang sihat dan kuat di mana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan yang degil.

Di bawah ini adalah sedikit ringkasan mengenai khasiat bahan-bahan resepi minuman cairkan lemak dalam masa singkat ini:

LEMON

Meskipun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila sudah diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaan beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik, asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah (ph optimal darah ialah: 7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) adalah sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria yang boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang tidak diingini.

TIMUN

Timun adalah makanan berkalori rendah, bertindak sebagai diuretic, kaya dengan serat makanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun juga adalah makanan yang sesuai untuk menurunkan berat badan kita.

HALIA

Menurut kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia, apabila seseorang individu meminum minuman panas dengan halia, mereka akan berasa lebih kenyang dan mampu mengelakkan mereka makan makanan berlebihan.

AIR

Anda semua pasti sudah sedia maklum akan manfaat dan kebaikan meminum air yang mencukupi kepada kesihatan kita, bukan. Air merupakan salah satu keperluan tubuh kita, menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, melancarkan penghadaman, meringankan sendi dan otot semasa senaman, dan minum air dengan kuantiti yang banyak dan mencukupi juga boleh membantu kita merasa cepat kenyang dan mengelakakn kita mengambil makanan berlebihan.

PUDINA

Pudina membantu untuk menahan selera makan kita. Anda mungkin tidak pernah terfikirsedemikina, tetapi sebenarnya pudina memang membantu sebagai bahan penahan selera dan rasa lapar. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar atau fresh malah dapat membendung atau mengurangkan rasa ketagihan untuk makan selalu.


@via kakipromo.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close