Memandu Dan Menunggang Tanpa Lesen Akan Didakwa Di Mahkamah

cantas_pdrm_police_2_600_398_100

Gambar sekadar hiasan.
Pengguna jalan raya tanpa lesen memandu yang sah akan terus didakwa atas kesalahan yang dilakukan. 
Tindakan ini diambil berikutan peningkatan kes memandu dan menunggang tanpa lesen sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka juga dikatakan sebagai penyumbang utama peningkatan kemalangan jalan raya.
Di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi mereka yang memandu tanpa perlindungan insurans pula boleh didakwa di bawah Seksyen 90 yang dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.
Dilaporkan, polis telah menahan lebih daripada 630,000 pemandu atau penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah sejak tahun 2014 dan 2015.
Sumber: My News Hub
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close