LUAHAN MENGEJUTKAN DATO’ ALIFF SYUKRI TIDAK MAHU TERUS TAMPIL IMEJ GEDIK



Seringkali muncul dengan iklan yang pasti membuatkan penonton teringat-ingat terutamanya dengan slogan Terlajak Laris, pengasas kosmetik, Datuk Aliff Syukri menyatakan bahawa dia kini mahu tampil lebih macho dan serius.
“Dari segi perniagaan, saya tidak lagi mahu tampil dengan gimik seperti dahulu kerana umur yang hampir mencecah 30-an. Sebaliknya, saya mahu tampil dengan gaya macho dan berpakaian korporat”
“Sebenarnya di sebalik aksi seperti itu, saya sering memikirkan untuk melancarkan strategi baru di pasaran. Saya mahu nama produk saya menjadi gah di liga perniagaan. Saya tidak mahu hanya nampak seperti tin kosong, banyak cakap tetapi tidak laku,” katanya.
Memetik penjelasannya lagi kepada Malaysiakini, dia mengakui gimik ‘gedik’ yang dilakukan di dalam iklan televisyen adalah untuk menimbulkan keseronokan namun lama kelamaan ia mengundang malu lebih-lebih lagi dirinya juga sudah beristeri dan mempunya anak.
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close