Ibu Ayah Adalah Guru Terbaik Anak. Lakukan 10 Tip Didik Anak Di Rumah

Celik sahaja mata anak di dunia, ibu bapa adalah orang pertama yang dia kenali. Pelajaran pertamanya sebagai insan juga dipelajari daripada ibu bapa.

Jika contoh baik yang dipelajari maka baiklah perilakunya kelak dan sebaliknya. Ibu bapa adalah insan terbaik yang bertindak sebagai guru kepada anak-anak.

Pelajaran pertama si kecil seharusnya  bermula dari rumah. Aktiviti homescholling seharusnya sudah bermula sejak anak dilahirkan lagi. Tidak semestinya homescholling hanya dipraktiskan oleh ibu yang bergelar suri rumah sahaja.

Ibu yang bekerja juga boleh mengamalkannya, yang penting ia perlu konsisten!

Mungkin tip ini mampu membantu anda menjadi guru terbaik kepada anak-anak di rumah

1. Niat

Tanamkan niat untuk mendidik anak menjadi insan yang cemerlang. Doa dan usaha yang konsisten pasti dipermudahkan Allah SWT.

2. Sokongan

Suami isteri perlu saling memberi sokongan antara satu sama lain. Kalau hanya sebelah pihak sahaja beria mendidik anak, sedangkan pihak lagi satu tidak memberi sokongan maka mudah sahaja menemui kegagalan.

3. Terus belajar

Ibu bapa juga perlu terus belajar ilmu baru dan terkini. Buat banyak rujukan daripada internet dan buku tentang perkembangan teknologi pendidikan terkini sebelum mengajar anak-anak.

4. Ruang belajar

Sediakan ruang belajar untuk anak-anak mengikut keupayaan masing-masing. Yang penting ruang tersebut memudahkan anak-anak untuk belajar melukis, membaca, membuat eksperimen dan senaman.

Aktiviti melakar dan menelaah akan membantu otak anak-anak mula berimaginasi dan menjadi lebih kreatif.

5. Sediakan jadual

Jadual mampu mendisiplinkan anak-anak. Jika anda ingin mengajar anak di rumah pastikan anda juga berdisiplin mengikut jadual. Ini penting bagi memastikan ibu bapa sentiasa 'keep on track' tentang pelajaran anak-anak.

6. Simpan rekod

Tidak dinafikan penyimpanan rekod mampu menjadi bukti terbaik sebagai rujukan masa hadapan. Oleh itu pastikan anda menyediakan ruang menyimpan rekod aktiviti pembelajaran anak.

7. Berikan semangat

Ajar si kecil untuk sentiasa bersederhana dalam semua perkara. Bantu anak untuk memperbaiki kelemahan mereka dan bukannya merendahkan kemampuan mereka jika gagal. Sebaliknya berikan kata-kata semangat kepada anak supaya dapat membina keyakinan diri mereka.

8. Sediakan kemudahan

Jika berkemampuan ibu bapa digalakkan menyediakan perpustakaan mini, komputer dengan akses internet, kamera digital dan papan putih.  Luangkan masa untuk belajar dengan si kecil di ruangan ini. Tentu mereka seronok.

9. Merancang bajet

Anda perlu bijak merancang bajet keluarga untuk kegunaan isi rumah setiap bulan kerana pelbagai keperluan perlu dibeli untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada anak anda.

10. Buat pelan

Sediakan pelan jangka masa pendek dan panjang untuk anak-anak sebagai kayu ukur untuk memantau perkembangan pembelajaran mereka.

Percayalah setiap anak mempunyai kemahiran masing-masing. Sebagai ibu bapa anda mampu membantu mereka melakar kejayaan di masa hadapan.







Sumber. Majalah Pa& Ma
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close