KUALA PILAH - Seorang bayi berusia 16 bulan ditemui mati lemas dalam baldi di dapur rumahnya malam tadi, lapor Harian Metro.
Dalam penemuan pada jam 10.40 malam di rumah mangsa di Kampung Bukit Gombang, Batu Kikir itu, Muhammad Fahil Finaz Nor Azuan ditemui lemas oleh ibunya selepas mendapati mangsa tiada di dalam bilik bersama bapa dan kakaknya, 3 tahun.
Bapa mangsa, Nor Azuan Azali, 33, berkata, isterinya menyangka anak bongsunya itu berada bersamanya di dalam bilik. Namun hairan kerana tidak mendengar suara anak lelakinya itu sebelum menjumpai mangsa dalam keadaan kepala dan separuh badannya dalam baldi berisi air di bawah sinki.
"Saya dan isteri cuba memberikan bantuan penafasan, tetapi gagal. Kami bawa mangsa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan lanjut.
"Doktor mengesahkan anak bongsu saya itu telah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada Unit Forensik untuk bedah siasat," katanya.
Ketua Polis Daerah Jempol, SUperintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - SUMBER
Blogger Comment
Facebook Comment