JIKA SI KECIL GANGGU SOLAT ANDA. INI LANGKAH YANG PATUT DILAKUKAN!

Bagi yang mempunyai anak kecil tentu biasa berhadapan dengan situasi solat anda diganggu oleh mereka. Kadang-kadang si kecil sengaja duduk di atas riba kita semasa sedang tahiyat awal, memanjat belakang badan semasa sedang sujud, mengorek lubang hidup, menarik telekung, menyelak kain, mencabut kopiah yang dipakai atau sengaja duduk di atas sejadah sehingga sukar untuk kita sujud dan bermacam aksi mereka lagi.

Lebih mendebarkan, kadang kala mereka melakukan perkara yang membahayakan diri mereka seperti bermain dengan suis elektrik, bermain di depan bilik air yang lembap lantainya dan sebagainya.

Tentu hati kita menjadi tidak khusyuk apabila mengetahui anak terdedah dengan bahaya.

Perlukah kita memarahi anak yang berkelakuan begini, atau adakah kita patut membatalkan solat bagi mengalihkan kedudukan anak?

Bagi yang bergelar suri rumah pula kadang kala berhadapan dengan situasi sukar hendak mendirikan solat lantaran tiada sesiapa yang boleh menjaga si kecil. Terpaksa tunggu anak tidur baru hendak mendirikan solat sehinggakan bersolat di akhir waktu.

Sebenarnya perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melengahkan waktu solat. Kita perlu tahu bahawa Islam adalah agama yang sangat indah dan memudahkan penganutnya cuma jangan dipermudahkan. Oleh itu jika berhadapan dengan situasi solat digangguu oleh anak kecil ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan tanpa perlu membatalkan solat.

1. Dibolehkan bersolat sambil mendukung bayi

Dalam keadaan tertentu kita dibolehkan mendukung bayi semasa solat sama ada yang menjadi imam, makmum atau solat bersendirian. Tetapi mestilah mematuhi syarat-syaratnya seperti:

a. Bayi bebas daripada najis. Tukarkan lampinnya sebelum mula solat.

b. Kawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut.

c. Pastikan dada sentiasa menghadap kiblat.

d. Melakukan hanya dalam keadaan yang benar-benar memerlukan sahaja dan bukan hanya suka-suka.

2. Dibolehkan melakukan pergerakan sekiranya bayi melakukan sesuatu yang bahaya.

Sekiranya semasa solat anak anda melakukan sesuatu yang bahaya atau berada jauh daripada tempat solat anda, dibolehkan melakukan pergerakan anggota yang besar tidak lebih tiga kali.

Contohnya, boleh melangkah ke hadapan, ke sisi atau ke belakang dengan syarat pergerakan besar tidak melebihi tiga kali berturut-turut. Hanya pastikan dada masih lagi dalam keadaan menghadap kiblat sertai tidak bercakap.

Daripada Abu Qatadah katanya:

“Bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam solat, sedang cucunya Umamah puteri Zainab (iaitu anak perempuan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam) berada di atas belakangnya.  Apabila nabi sallAllahu `alaihi wasallam rukuk, diletakkan cucunya itu.  Dan apabila Baginda berdiri daripada sujud, diambilnya pula dan diletakkannya kembali di atas belakangnya semula.”

3. Dibolehkan mempercepatkan solat ketika bayi sedang menangis.

Apabila anak kecil anda menangis sehingga boleh merisaukan anda maka dibolehkan untuk mempercepatkan solat. Ada hadis yang membuktikan Rasulullah SAW turut memendekkan solat apabila terdengar tangisan bayi.

Terdapat sebuah hadis Qatadah bahawa Anas Bin Malik menceritakan kepadanya:

Bahawa Nabis SAW bersabda: "Sesungguhnya aku berminat untuk memperpanjangkan solat. Tiba-tiba aku mendengar tangisan seorang anak lalu aku memendekkan solat itu kerana aku mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisannya."

Bolehkah membatalkan solat sekiranya anak mengganggu solat kita?

Sebenarnya kita tidak boleh sesuka hati membatalkan solat kecuali disebabkan faktor keuzuran. Bagaimanapun ia dibolehkan sekiranya melibatkan kebimbangan terhadap keselamatan diri sendiri, harga atau menyelamatkan nyawa orang lain. Bahkan jika ada keinginan untuk membuang angin atau buang air, kita dibolehkan membatalkan solat.

Sesemangnya Islam agama yang indah dan sempurna. Dalam memastikan umat Islam tetap mendirikan solat dengan sempurna ia tetap menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka yang berhadapan dengan situasi tertentu terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Daripada contoh-contoh yang diamalkan oleh Rasulullah SAW seperti diceritakan dalam beberapa hadis sahih jelas membuktikan betapa Baginda tetap menyayangi anak-anak kecil sehingga di dalam solat pun Baginda meraikan telatah mereka.

Semoga kita mampu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak melalui amalan solat dan dalam masa yang sama mencontohi akhlak Rasulullah SAW terhadap kanak-kanak semasa dalam solat.

Sumber: muzir.wordpress.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close