Sudah menjadi kelaziman apabila hari raya akan ada sanak saudara serta sahabat yang akan berkunjung ke rumah. Tapi, kadang-kadang sikap tetamu menjadi bahan kutukan tuan rumah dengan sikap anak-anak yang biadap atau kurang ajar dan sebagainya. Ikuti perkongsian dari seorang wanita ini yang dipetik dari laman IIUM Confession.
Sempena musim raya ni, makin hari makin banyak status kutuk mengutuk. Keji mengeji tetamu atau Tuan rumah. Meh akak nak share adab bertandang yang akak belajar dari arwah atuk & nenek akak.
Bismillah.
1. Sebelum datang, bagitau dulu.
Bagi chance orang perempuan kat rumah tu tutup aurat dengan betul. Kalau takleh nak call, tunggu luar rumah dulu.
2. Bawa buah tangan.
Tapi kita Melayu ni terbalik, tuan rumah pulak pung pang kat dapur, punya nak jamu tetamu. Nak dapat tetamu kurang ajar, tetamu boleh complaint pulak. Masin la manis la.
Kalau Tuan rumah nak jamu makanan, makan la, supaya tak kecikkan hati dia. Tapi jangan sampai meminta-minta & mengeji.
3. Datang pada waktu sesuai.
Jangan datang masa waktu baru masuk azan, jangan datang masa waktu makan & jangan datang waktu maghrib. Kita tak tau, orang rumah tu solat jemaah. Ni sebab nak layan tetamu, solat ditangguh.
Kita tak tau, lauk yg dimasak ada sikit je utk Tuan rumah anak beranak. Kita tak tau kalau Tuan rumah ada masalah duit ke hape. Melainkan Tuan rumah offer makan sekali, tu lain cerita. Jangan datang waktu maghrib tu, korang pon paham waktu senja benda apa yang berkeliaran. Kalau Tuan rumah tu ada baby? Ada orang yang “lemah”? Please. Jaga adab.
4. Jaga kelakuan anak-anak kecil.
Tajuk ni memang sensitif buat famili moden. Tapi, budak-budak memang kena ajar dari kecil, supaya tak biadab. Jangan biar anak korang lari tak tentu hala. Masuk bilik orang sesuka hati. Bukak peti sejuk orang. Kutuk perabot & alat elektronik Tuan rumah. Korang ke yang beli semua tu?
5. Jangan buat rumah Tuan rumah macam rumah sendiri.
Kalau Tuan rumah ada cakap “Buat macam rumah sendiri”. Tu trick je tu. Sebab kita orang Timur. Depan lain belakang lain. Orang Jepun pon macam tu. Tolong jangan buat sepah kat rumah orang, jangan sesuka hati tukar channel tv rumah orang. Cuba kalau orang lain yang buat camtu kat rumah korang. Suka tak?
6. Jangan berjam duduk rumah orang.
Tuan rumah & orang dalam rumah tu ada aktiviti lain nak dibuat. Maybe dorg nak keluar ke, nak cuci rumah ke. Tapi kalau tetamu jenis tak reti nak balik, lepak sampai 2-3 jam. Macam mana perasaan Tuan rumah nanti. Jangan terkejut kalau nanti Tuan rumah & famili dia muka mencuka je.
7. Salam & ucap terima kasih
Kena ucap terima kasih sebab sudi terima tetamu. Basic je ni.
Akak tau nanti mesti ada yang akan kutuk post ni. Tapi, nak highlight, tetamu pon kena beradab, sama macam Tuan rumah kena beradab terima tetamu. Jangan ingat tetamu je betul. Ingat tu. Kalau rajin, boleh google cara bertandang yang lagi detail. Ada yang sampai, masuk dalam rumah pon tak boleh. Setakat duduk kat kawasan kecik depan pintu rumah je. Sebab tu, orang dulu-dulu, luar pintu rumah tu luas. Ada kerusi, meja bagai. Takpun lantai luas. Bentang tikar, cukup dah.
Kenapa akak post confession ni. Sebab akak kena masa raya tahun ni:
a. Pernah dapat tetamu tak bagitau nak datang & takde adab. Tiba-tiba sampai depan pintu, dengan anak teruna 6 orang. Haru oi. Rumah akak ada banyak anak dara.
b. Datang rumah orang, dah dijamu. Dikutuk pulak kuah kacang kita terlalu manis untuk dia. Diminta pulak ketupat palas. Taknak buat lontong ke? Ewah. Ingat ni restoren?
c. Tetamu datang waktu maghrib. Bukan 1 kereta. Tapi 5 kereta. Aduhai.
Dah la datang terus minta makanan, ajak solat sama-sama. Nampak dah berapa banyak ngelat. Dah bagi akak dosa kering kat situ.
d. Masa dekat kampung mertua. Ada budak dari mana tah datang rumah ikut pintu belakang. Terus duduk depan tv. Sebab akak nak menyusu baby, akak terus bagi duit raya siap-siap. Tengah akak menyusu baby kat bilik, datang sorang budak masuk bilik tuntut duit raya. Budak ni 4-5 tahun dah. Patut tak biadab macam ni. Suami akak tengah baring sebelah akak terus halau budak-budak tu.
e. Famili tengah syok tengok tv. Tetiba tetamu datang, tukar pulak channel tv. Terkedu kami. Biadab nya la hai. Akak tak sabar nak pergi rumah dia, tukar channel Tamil.
f. Pernah terima tetamu datang rumah sampai 4 jam. Siap tertidur berdengkur-dengkur. Minta bantal. Sampai tetamu lain nak datang pon segan nak bertamu lama. Rumah kita selesa katanya, ada aircond, sejuk. Yelah dik. Nanti akak hantar bill elektrik & bill dobi nak cuci bantal peta kamu ye.
g. Banyak kali dah dapat tetamu masa nak balik, salam pastu komen pasal makanan, kuih tunjuk. Ye lah. TERIMA KASIH.
Nak melawat sesama kita ni bukan susah, kalau masing-masing tau jaga adab & ada common sense. Langsung tak susah. Tapi bila ada satu pihak dah buat slack, kita mesti takut dah nak bertandang atau terima tetamu. Kan?
Lepas ni akak harap, jaga la adab masing-masing ye. Sebab lepas akak kalah boleh takmo dah tengok status @post pedih mata pasal tetamu & Tuan rumah ni.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment