Kuala Lumpur – Bekas pengarang kanan akhbar Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain secara menyindir berkata orang Islam yang gemar memegang atau tidur dengan anjing kerana mahu mengambarkan kepada masyarakat Islam adalah agama yang “maju” dan “moden.”
Disebabkan itu menurutnya mereka yang ‘kolot’ kerana membantah perlakuan tersebut tidak perlu memberikan reaksi yang berlebihan.
“Nanti bertambah terserlah pula kekolotan kita kepada mereka, sebaliknya kita alu-alukan supaya mereka terus maju bersama-sama anjing seperti yang mereka mahu tetapi (kenyataan) ini bukanlah “menganjingkan” (kerana) ini ikhlas.
“Tidak perlu (juga) menggunakan hujah agama dengan puak-puak ini (kerana) kita pun tidak tahu benarkah yang memegang anjing itu Islam, bukan susah sangat pun untuk dipakaikan tudung bagi menunjukkan Islam.
“Mungkin lepas ini ada pula yang pakai serban atau jubah yang peluk babi, tidak mustahil. Nak disarungkan saja bukan susah sangat. Kita jangan terujalah itu orang Islam,” tegasnya melalui catatan di Facebook.
Menurutnya lagi masyarakat juga seharusnya membiarkan golongan tersebut dengan anjing peliharaan mereka itu.
“Seandainya benarlah mereka itu Islam dan kalau tidak memegang atau tidur dengan anjing mereka akan sakit atau gila, biarlah mereka dengan keanjingan itu. Ini kerana orang waras yang gila lebih bahaya daripada anjing gila.
“Kita tidak perlu menghentam atau menasihat. Tidak perlu tunjuk minat untuk ambil peduli tentang mereka. Jangan terkejut kalau selepas ini mereka nak bela babi sebagai haiwan peliharaan,” katanya pula secara berkias.
Masyarakat sebelum ini digemparkan dengan tindakan seorang pengguna Facebook, Nurhanizah Abdul Rahman yang memuat naik videonya memelihara dan memegang seekor anjing dikenali Bubu.
Tindakan itu bagaimanapun mengundang kecaman pelbagai lapisan masyarakat yang menyifatkan ia sebagai tidak wajar kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
Ku Seman bagaimanapun turut meminta agar golongan tersebut tidak lagi memuatnaik aktiviti bersama anjing peliharaan mereka di laman media sosial bagi mengelakkan poolemik yang sama berulang kembali.
“Cuma saya minta janganlah mereka golongan Islam yang “maju” itu memperagakan di media sosial yang seolah-olah mengajak orang Islam lain sama dengan mereka… kalau mereka tidak cukup anjing, saya boleh minta kawan saya tangkap selori anjing liar untuk diberikan secara percuma.
“Buat apalah hendak dihebah di media sosial? Pegang anjing atau tidur dengan anjing bukanlah hebat sangat pun. Lainlah kalau tidur dengan buaya. Patutlah dihebah. Itupun bukan buaya darat.
“Mereka kena sedar, tidak semua orang berfikiran maju macam mereka dan selera memeluk atau mencium anjing. Banyak yang kolot termasuk saya yang termuntah hijau bila termasuk dalam restoran hidang daging anjing di Hong Kong,” katanya lagi.
Kredit: Ku Seman Ku Hussain
www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment