Tak semua di antara kita pandai dalam bidang IT atau tahu mengenai komputer dan oleh kerana itu jika ada kerosakan sudah pasti kita akan serahkan perkara tersebut kepada yang pakar. Namun, kerana kurang arif terhadap sesuatu perkara ada yang mengambil kesempatan ke atas kekurangan tersebut.
Malangnya bagi seorang pelajar Jia Hou dan rakannya, mereka terkena oleh salah seorang pekerja yang bekerja di Lenovo Sunway Pyramid.
"Saya mempunyai seorang rakan dari China yang belajar di INTI Subang. Satu hari laptop jenama Lenovonya tiba-tiba tidak berfungsi" tulis Jia Hou di laman Facebooknya.
Lebih mengecewakan, laptopnya tidak boleh dibuka langsung dan oleh kerana tiada pilihan dia terpaksa menghantar laptopnya itu ke kedai tersebut. Rakan Jia Hou itu menghantar ke kedai Lenovo kerana percaya mereka boleh membaiki kerosakan tersebut.
"Kedai tersebut kemudian memeriksa laptop berkenaan dan kemudiannya memberitahu bahawa rakannya itu harus membayar RM150 untuk caj pemeriksaan. Ketika itu rakannya pergi ke kedai tersebut seorang diri dan terpaksa membayar caj tersebut kerana laptop tersebut sudah diperiksa oleh pekerja tersebut.
Pekerja tersebut juga memberitahu bahawa jika mereka berjaya membaiki kerosakan itu, pelajar tersebut dikehendaki membayar sebanyak RM600. Rakan Jia Hou kemudian menelefon beliau dan kemudian dia bercakap dengan pekerja terbabit. Pekerja tersebut memberitahu caj yang dikenakan adalah berlainan mengikut kedai. Kerana berasa sangsi dengan penjelasan tersebut Jia Hou bertanya nama kedai tersebut.
Pekerja terbabit enggan memberitahu nama kedai dan bila didesak pekerja terbabit bertindak kasar dan akan memulangkan kembali laptop kawannya itu. Namun, pekerja terbabit menyuruh rakan Jia Hou untuk menunggu lebih 30 minit untuk mendapatkan kembali laptopnya.
Risau akan rakannya itu, Jia Hou memandu dari Digital Mall ke Sunway Pyramid dan apabila tiba di kedai tersebut, pekerja tersebut masih belum memulangkan laptop kawannya itu. Rakannya memberitahu dia telah menunggu lebih satu jam untuk mendapatkan laptopnya.
"Bila kami tanya kenapa mengambil masa yang lama untuk memulangkan kembali laptop tersebut pekerja tersebut dengan biadap menjerit "kami mempunyai ramai pelanggan, bukan awak seorang saja!" Pekerja tersebut meminta bayaran sebanyak RM150 namun mereka berdua enggan membayar jumlah tersebut. Dan setelah 'bertekak' dengan pekerja tersebut, mereka terpaksa membayar RM80 caj untuk memeriksa laptop berkenaan.
Setelah kejadian tersebut, Jia Hou membuat satu aduan kepada Lenovo mengenai insiden tersebut dan masih belum menerima sebarang maklum balas. Kejadian tersebut memberi peringatan kepada kita supaya lebih berhati-hati dengai kedai yang hanya mahu tahu untung dan bertanya terlebih dahulu jika terdapat caj tersembunyi supaya tidak ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment