"Duit Simpanan Habis Lebur Akibat Terjebak Dengan Skim Emas"


Saya seorang bapa kepada 5 orang anak. Semua anak saya dah besar dan dah bekeluarga. Sayapun akan pencen tidak lama lagi.

Saya sedih dengan diri sendiri. Saya dan isteri ada banyak simpanan. Namun kerana degil dan tidak dengar nasihat anak, saya terjebak dengan skim yang merugikan. Sebenarnya, banyak yang saya masuk. 

Tapi yang benar-benar buat saya dan isteri terduduk adalah skim emas. Hampir RM100k disontot. Simpanan kami suami isteri licin. Saya lihat juga ramai kawan-kawan saya jatuh muflis. Di sinilah bermula detik hitam hidup saya.

Saya dengan keluarga memang jimat. Kalau anak saya nak beli barang, mereka perlu utarakan 1001 alasan dahulu. Sebab saya sayang duit untuk masa depan. Tapi malang tidak berbau. Duit yang diharap dapat membantu di kemudian hari, lesap.

Ketika ingin menunaikan haji, isteri saya memilih untuk lakukan dengan swasta sedangkan kami tiada simpanan. Isteri seolah mendesak anak-anak mencukupkan duit yang ada. Anak-anak Alhamdulillah baik. 

Saya tak tahu dari mana mereka dapat duit, tapi akhirnya cukup kami pergi balik guna swasta. Jauh sudut hati saya, saya menyesali apa yang saya dah buat-meleburkan duit kami.

Sekarang, boleh dikata kami bergantung dengan anak sedangkan saya sedar, tiada nafkah ibubapa yang anak wajib berikan. Anak juga masing-masing ada tanggungan. Namun, mereka cuba adakan apajua yang kami hajatkan.

Isteri saya pula, macam-macam nak beli kerana beranggapan itu tanggungjawab anak untuk sediakan sebagai timbal balas atas jagaannya dulu. Boleh dikatakan, tiada duit ni semakin boros isteri saya. 

Apa kawan-kawannya beli, dia nak beli tak nak kalah untuk dilihat hidup senang. Anak-anak cuba sediakan walaupun mereka bukanlah kaya malah memiliki anak yang ramai. Bila saya tegur isteri, nanti dia minta saya pula sedangkan dia tahu saya tiada duit kerana join skim dari kawannya.

Entahlah sampai bila keadaan ini akan berlaku. Isteri sekarang ni kurang respect saya di usia senja ni. Dah mula main whatsapp dengan lelaki lain yang mungkin mampu berikan apa yang dia mahu. 

Anak-anak pula saya lihat masih begitu tahap kewangannya tak kaya kaya. Saya masih di sini melihat fenomena yang berlaku dalam kehidupan saya. Adakah ini kesudahan yang saya impikan dulu? Adakah ini balasan kerana jimat atau kedekut dengan keluarga dahulu? Masih bolehkah saya menjadi seorang bapa yang berguna kepada anak saya?

Wahai ibubapa seusia saya di luar sana, kita sering menjadi target untuk puak-puak skim cepat kaya ni kerana kita sangat stabil. Usah terpedaya. Guna usaha kita sendiri untuk kaya. Sepatutnya di usia ini, kita tolong anak kita yang baru membina hidup, bukan kita tampung kita. Fikir banyak-banyak sebelum melaburkan duit.a


Sumber : kaki share
loading...
loading...
    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close